Blinkie Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, August 3, 2010

disebalik senyuman


1988
4.30pm
jumaat.

seorang bayi perempuan telah selamat dilahirkan.
disambut dengan pelbagai emosi yang bayi itu sendiri tidak pasti.
ade yg mengalirkan air mata,ade yang bergelak ketawa.
adakah ini satu kebahagiaan ataupun derita???

1991
pada satu malam.
dalam sebuah rumah.

kini bayi itu telah berusia 3 tahun
masih tidak fasih untuk memahami apa yang sedang berlaku,
masih tidak mengerti apa itu kehidupan,
dye terdengar kedua insan yang dikenali sebagai ayah dan ibu nya,
bercakap dengan nada suara yang tinggi,tapi tidak mengerti apa yang sedang barlaku,terlihat air mata mengalir di pipi ibu tersayang,ayah pula berlalu meniggalkan rumah...
dye seolah tidak memahami tapi dye tahu ibu nya sedang bersedih..

selepas malam kejadian.

kini dye dibawa kerumah neneknya,
ayahnya tak mungkin kembali pada dye dan ibunya.
dye masih tidak tahu apa yang terjadi,
tapi yang pasti dye dapat merasa ibunya juga akan pergi meninggalkannya,
dan membiarkan dye sendiri,
tanpa kasih sayang dari ibu juga ayahnya lagi.

1994
di sebuah tadika.

hari yang paling gembira juga hari paling mendukakan bagi kanak2 kecil yang baru untuk mengenali apa itu ABC..apa itu ilmu.
kelihatan kanak2 lain diiringi oleh ibu ayah,didukung,dipeluk,di cium dengan penuh kasih dan sayang,tapi disisinya hanya ade seorang nenek yang hanya membiarkan nya membawa hala tuju sendiri.
tiba2 terdetik satu perasan teramat rindu pada ibu dan ayah yang sekian lama tidak di temui,yang tidak pernah memberi pelukkan dan ciuman seperti mereka disini.tapi dye masih tidak memahami apa yang sedang dye rasai.

pada hari pertama di tadika.

geli hati melihat telatah kawan2nya yang menangis bila ibu dan ayah mereka meninggalkan mereka sendiri,"apala bukan nya mereka tak datang ambil,kena tinggal skejab pun dah nanges hehehehehehe" berbicara sendiri....
jika nak dibandingkan dengan dirinya yang telah sekian lama berjauhan dari ibu dan ayah nya..
tiba lamunan terhenti bila kedengar satu suara. "oke anak2 ibu hari ni hari pertama kamu semua tadika ini,ibu nak kamu kenalkan diri,siapa nama kamu,dimana kamu tinggal,berapa bilangan adik beradik,apa nama ibu dan ayah kamu dan bekerja sebagai apa,cita2 akmu dan akhir sekali kemana ibu dan ayah kamu selalu bawa kamu dan keluarga pada hari cuti?
satu persatu murid di tadika itu memperkenalkan diri dengan pelbagai jawapan yang kadang2 meriuhkan suasana bersama gelak tawa dengan jawapan yang menggelikan hati.
tiba2.."hah kamu yang dari tadi ibu perasan asyik termenung"
dye terlalu khayal sehingga tidak sedar kini tiba gilirannya,
dijawab dengan lancar siapa nama dye,ibu juga ayah nya,tapi sampai disitu sahaja. "hurmm adik nape diam?? adik tinggal dengan siapa? ibu dan ayah kerja apa? mana kamu sekeluarga selalu pergi?"
dye menjawab dengan perasaan yang hampa, " saya tinggal bersama nenek saya,ibu dan ayah saya tinggal jauh..nenek cakap ayah saya dah meninggal ibu pula sibuk dengan kerja jadi saya selalu dirumah bersama nenek."
suasana riuh sedikit berubah menjadi kemurungan.

setelah habis sekolah untuk hari pertama
di kawasan luar tadika.

kelihatan ibu dan ayah kawan2nya datang menjemput dengan kasih sayang,
tapi dia hanya pulang sendiri tanpa diiringi,
"huh ngegada btol dowang uh umah dkat pun nk kena jmput ke?" dye merungut sendirian.ini kerana jarak rumah dengan kalau di ikotkan tidak la sejauh mana.

1995
di sekolah rendah

kini dye telah menjejakkan kaki ke sekolah rendah.
dye semakin memahami tentang kehidupan,
kesunyian,perpisahan.
suasana hari pertama di sekolah rendah sama seperti di tadika,
perasaan cemburu melihat kawan2 diiringi oleh ibu ayah,sedang dia hanya bersama nenek nya yang hanya membiarkan dye membawa hala tujunya sendiri.
suasana di sekolah rendah lebih riuh berbeza semasa di tadika,punyai ramai murid dan guru2 yang garang.
juga mempunyai perbagai aktiviti.

didalam kelas

"murid miggu depan sekolah kita akan mengadakan satu perjumpaan ibubapa dan guru atau pibg,sila pastikan ibu bapa kamu menghadirkan diri."
benda yang selalu yg akan membuatkan dye terkenangkan ke 2 orang tuanya.
"murid2 tolong diam (guru menegur kerana suasana mula riuh setelah mendapat berita tentang pibg) pada hari itu juga nanti akan diadakan majlis pemberiaan hadiah pada pelajar yang cemerlang pada peperiksaan baru3 ini.hah kamu!! (dye tersentap bila guru kelasnya menegurnya) kamu mendapat tempat pertama dalam kelas pastikan ibu ayah kamu datang pada perjumpaan itu nanti.

sehari sebelum perjumpaan pibg.

"nek...esok ada perjumpaan pibg cikgu suruh ibu bapa pergi ke sekolah,dan adik akan diberi hadiah di atas pentas pada majlis nanti kerana adik mendapat tempat pertama dalam kelas.
nenek pergi erk... hurmmm tengokla macam mana nanti aku sibuk la mak usu kau pun ada perjumpaan pibg.kalau sempat aku pergi.(jawapan yang sudah dijangka sebab itu dia tidak mengharapkan apa2. dia tinggal bersama nenek dan mak usu nya,yang juga masih bersekolah.kawan2 dia adik ini kerana panggilan itu digunakan oleh keluarga sekali terikut pada kawan dan jiran.

pada hari perjumpaan pibg.

dewan penuh dengan guru2 dan ibu bapa murid.
masing2 keriangan bersama ibu dan ayah tapi dia sendiri.
perasaan sedih mula mencengkam diri,sebak dihati ditutupi dengan senyuman yang amat pahit. " eh dik mak dan abah ko mana? dorang tak datang ke?
eh ko emy mcm xtahu aku dok dengan nenek aku.alamak maafla aku lupe,dah tu mana nenek ko? hurmmmm dia tak datang..
dye terasa begitu kesunyian dan teramat hampa dengan apa yang terjadi pada diri nya.

1997
sesuatu yang tak dijangka terjadi.

ibu yang lama menghilang kembali pulang..
ingin kembali menjaganya seperti ibu2 yang lain.
dye pada mulanya merasa terlalu bahagi,setelah sekian lama ibu nya pergi kini kembali disisi,ingin saja dia memeluk mengatakan betapa dia merindui ibunya
dan berharap ibunya tidak akan meninggalkannya lagi,dengan ini tidak akan sesiapa lagi aku mengejeknya tidak punya ibu,mahupun ibunya tidak menyayanginya,selama ini ada sahaja,tidak kira di sekolah mahupun dikawasan rumahnya dia selalu di perli,di jadikan bahan mainan sesetengah orang seolah mengangab dia tidak punyai perasaan.kepulangan ibunya hanya disambut dengan senyuman. "kenapa aku rasa terlalu janggal dengan ibu ku?? masa dia tidak ada aku terlalu merinduinya ingin memeliknya,tapi bila di depan mata,seolah oarng asing yang baru hari ini aku temui."dia seolah keliru dengan perasaannya.

setelah beberapa hari bersama ibu.

ibu yang dulu seorang yang lemah lembut sekarang tidak seperti dulu,
perwatakkan nya membuat dye tidak senang,kekadang membuat dye segan akan kehadiran ibunya. " eh dik itu abah ko ke mak ko,hahahahahaha asal mak ko jadi mcm abah ko hah?" seolan yang betul2 membuat dia tersentap tak terkata.sikap seorang ibu tidak langsung terpampar pada ibunya.jika dulu dia b'harap ibu nya pulang kini harapan nya lebih baik dia tidak punya ibu,ibunya melayannya tanpa perasaan seorang ibu.neneknya selalu melabelkan ibunya adalah ibu terteruk dalam dunia. " ko besar2 ko jangan jadi macam ibu ko,tahu buat tak tahu jaga,lepas tu menyusahkan orang sahaja,bila ko besar ko jangan jaga dia sebab dye tak pernah jaga ko" kata2 itu sering keluar dari mulut nenek dan keluarga yang lain.perasaan sayang dan rindu pada ibunya seolah tertepis.



disember 1998

satu lagi perderitaan yang terpaksa dia tempuhi,
ibu nya kini lagi sekali meninggalkan nya.
mang itu yang dia harapkan kerana tidak tahan dengan ejekan dari kawan2.
ibu nya didapati salah seorang yang terlibat dalam salah guna dadah yang amat di haramkan di malaysia.ketika itu betapa pahit,pedih dan sakitnya hanya dia yang merasai,ibunya menyarah diri,dihantar oleh atoknya.bayangkan luka yang sebelum ini masih berdarah kini dicalarkankan lagi.
kesekolah guru dan rakan mengejeknya seolah dia tidak punya hati,
kenapa harus dia menerima semua ini sedangkan semua yang terjadi bukan salahnya tapi salah orang tuanya.
"eh dik mak ko penagihkan? ko pun besar2 nanti mesti ikot jejak mak ko kan,hahahaha ko tak payah la belajar tinggi2 tak payah datang sekolah anak penagih last2 mesti akan jadi penagih." ya allah tomahan,ejekan diterimanya dengan penuh sabar.kenapa semua orang seolah mengangab dia tidak punya perasaan.kini hidupnya semakin menderita tetapi bukan semua memandang buruk padanya dia masih punyai seorang yang masih rapat yang selalu dijadikan tempat luahan hati.sahabat juga selaku sepupunya.yang tak pernah putus asa menguatkan dia untuk terus hidup tabah dan buktikan dia tidak akan sesekali mengikut langkah orang tuanya.

2000

deringan telefon mengejutkan dye dari tidurnya.
belum sempat dia menjawab panggilan nenek nya sudah pun berdiri di depan bilik."nek...sape yang telefon pagi2 buta? panggilan dari mak ko la..hah!! (dia terkejot setelah dua tahun hidupnya tanpa ibunya yang terlalu memeritkan.)
kenapa dia tibe2 telefon nek....? (dia seolah kebingungan) mak ko bagi tahu dia balik esok dia da dibebaskan kerana kelakuan dia baik sepanjang dia disana,dan kerana dia serah diri. tibe2 jantungnya berdebar2 dia seolah terlalu takut akanlah kepulangan ibunya.sepatutnya dia bahagia kerana ibunya tetapi perasaan sebaliknya yang menjelma.satu hari dia tidak makan,tidak bercakap.
ika sepupu yang selalu disisi seolah perasan akan kelainannya. " dik,ko nape aku tengok ko resah gelisah je dari ko bangun pagi tadi.(kehairanan) ika...ko tahu ibu aku balik dari pusat pemulihan esok? tahu kenapa??
aku takutla ka,aku takut sangat macam2 aku pk,ko tahu kan betapa pahitnya hidup aku kerana dia,aku dilayan seperti orang yang tak punya perasaan.aku tak tahu nak sambut kepulangan nya macam mana,aku ngaku aku rindu dia rindu sangat tapi aku takut.dan aku seolah terlalu membenci dia.kalau tak kerana dia aku takkan lalui hidup seperti orang yang tidak punya hati.tapi dik ko juga kena ingat jika bukan kerana dia ko juga takkan ada di bumi ni sekarang."
kata2 ika ada betulnya tapi dia tidak merasai apa yang aku rasa selama aku hidup ni.

kepulangan ibu

"tuk..tuk..tuk..(pintu biliknya diketuk)
aduyai sape la da ketok pintu bilik awal2 pagi ni,padahal hari ni cuti sekolah" (dia merungut sendirian) betapa terkejutnya dia sebaik dia membuka pintu ibu nya yang berdiri didepan pintu,dadarnya berdegub kencang dirinya kaku tak tahu apa yang harus dilakukan.betapa dia merindui ibunya namun perasaan itu hilang bila perasaan benci datang apabila mengenangkan apa yang dilalui hidupnya,ingin sekali dye memeluk tubuh ibunya mengatakan bahawa betapa dia merindui ibunya tapi perasaan kecewa dengan sikap ibunya menghalang dia melakukan sedemikian. "dik ibu kongsi bilik dengan adik sementara ibu disini ya,
(tibe2 ibunya bersuara).oh,oke masuk la...
suasana bilik ke begitu sepi membisu seolah tak punyai sesiapa disitu,masing2 seolah melayan perasaan sendiri. masa berjalan begitu pantas waktu malam telah pun kembali menghiasi hari. dye yang di luar perlahan2 membuka pintu bilik untuk merehatkan diri setelah melakukan perbagai aktivi pada petang itu.
betapa sayu hati nya melihat ibu nya sedang sujud mengadap Allah s.w.t. perasaan dendam dan marah pada ibunya sedikit hilang. "ya Allah syukur pada mu kerana telah kembali membuka pintu hati ibu ku untuk kembali padamu,sekira nya kau amat penyayang bukankan lah hati nya untuk menjadi ibu seperti yang selama ini aku idamkan.
seorang ibu akan bangun seawal pagi untuk mengejutkan anak,membebel bila anaknya melakukan kesilapan,memujuk setelah merajuk,menjadi tempat luahan.
alangkah indahya,aku tak minta kau berikan aku wang yang berjuta aku hanya meminta sedikit kasih sayang yang tak pernah aku rasai.
(dye berbicara sendirian).

3bulan selepas kepulangan ibu.

layanan nenek,dan ahli keluarga lain terhadap ibu nya begitu mengecewakan aku,ibunya dilayan seolah orang asing dalam rumah.paling menyakitkan apabila mereka melontarkan kata3 seolah tidak punya perasaan.
"orang macam ko ni takkan dapat baik,kalau baik pun sekejab lepas tu buat baik,dah tak jadi manusia dah ko ni,lebih baik ko takpayah duduk sini ko pergi jauh2 aku taknak ko conteng arang pada kai lagi" kata2 itu sering terkeluar tanpa memberi peluang ke2 untuk ibunya berubah,mereka bukan ingin memberi semangat tapi seolah menggalakkan,setiap orang membuat kesilapan bezanya kesilapan yang dilakukan sahaja.
pada satu malam. " adik,adik jaga diri elok2 jaga nenek elok2 tak kira dia buat apa sekali pun cakap apa sekalipun dia mak ibu,nenek adik yang jaga adik sejak ibu tinggalkan adik,ibu bukan tak sayang adik tapi ibu ada sebab dan alasan sendiri bila adik da besar nanti adik akan tahu" (ibu nya tibe berbisik di telingan nya dan dia berpura2 tidur.sebak didada terpaksa di tahan kerana egonya.pulang dari sekolah nenek nya memberi tahu ibunya sudah pergi meninggalkan dia lagi. " adik,mak ko dah tak ada ko jangan nak tanya2 dia lagi,ko tak payah nak pk pasal dia orang macam tu ko tak payah jaga dia tua2 nanti." kata neneknya betol menikam hatinya.dia tidak membalas malah terus menujuke biliknya.
"ibu kenapa ibu selalu tinggalkan adik?? ibu tak pernah pk ke adik juga ada perasaan,ada hati seperti budak2 lain adik perlukan kasih sayang dari seorang ibu,dulu ayah dah tinggalkan adik,ibu cakap ayah meninggal tapi nenek cakap ayah pergi tinggalkan kita kerana ayah tak sayang adik,adik tersiksa ibu,adik terlalu tersiksa di sebalik senyuman kepuraan yang selalu adik ukirkan,adik masih kuat sehingga kini kerana adik amat berharap yang satu hari nanti adik akan dapat merasa kehangatan berada dalam pelukkan ibu,adik sayang ibu sayang sangat,adik memang marah ibu setelah apa yang ibu buat pada adik tapi dalam dunia ni adik hanya ada ibu. (malam itu dia menangis seolah2 merasakan dia tak mungkin dapat apa yang dia harapkan)


hari raya

hari yang paling meriah buat seluruh yang beragama islam. tapi tidak bagi dye,
dye turut bersama saudara lain menyambut malam raya,bermain mercun berlari kesana sini tapi bila oarang lain dibuai mimpi dia akan menghiasi malam nya dengan air mata,seperti raya2 yang lain dia begitu sepi,tapi tak siapa tahu kerana dia tidak pernah menunjukkan perasaan sepi,sedih,kecewa pada sesiapa hidup nya menghiasi oarng disekeliling dengan gelak tawa.
kedengaran azan raya bertakbir di semua masjid,kanak2 dan rakan sebaya berpusu-pusu kesana sini,dya sengaja melambatkan diri seperti biasa setelah menyiapkan diri,dia keluar,melihat semua ahli keluarga sibuk menyiapkan anak2,pelbagai karenah kadang membuat dia tergelak.bila melihat si kecil yang.
"ibu can ne ni..dik akai2 atuh akai atuh,pat ya bu dik nak g aye ni,(telatah si yeya memang selalu membuat dia ketawa) mcm mana tak jatuh adik pakai baju akak..(si ibu melayan karenah anak sambil tergelak kecil)
"hurmm alangkah bahaginya hidup aku,alangkah bertuah nya diri aku jika aku di tempat yeya,keluarga ku adalah salah satu keluarga terbesar di kawasan kampungku,dan pada luaran keluarga kami di labelkan keluarga yang amat bahagi,mereka sering kali berkata bahawa aku bertuah dilahirkan dalam keluarga ini aku punya segalanya,tapi mereka tidak tahu keluarga ku kaya dengan harta tapi tak mampu memberikan aku kasih sayang yang mereka dapat.
(dye merintih sendirian)

2001
permulaan pejalan hidup sebagai pelajar sekolah menengah.

"aku harap di sekolah baru ini aku akan bina hidup baru,aku yang baru.
aku takkan biarkan orang melayan aku seperti orang yang tidak punya perasaan.
pada hari pendaftaran seperti biasa,perasaan cemburu melihat rakan2 bersama ibu bapa mereka aku hanya di iringi oleh nenek ku yang hanya membiarkan aku mengikut haluan sendiri.
aku ditempatkan di asrama.supaya aku dapat berdikari,hurmm tak cukup berdikari lagikah aku ini?" dalam dye berbicara dengan diri sendiri.
dia di kejutkan dengan tepukan dari belakang."oit ko satu kelas dengan aku kan? nama aku wani.ko? aku....adik kawan2 pagil aku adik..oh oke2.

perubahan diri nya

sesi persekolahan di sekolah menengah telah berjalan lebih kurang 2minggu,
tanpa di sangkan dia dan wani berada dalam bilik yang sama,wani menjadi tempat dia berkongsi segala kesedihan selain dari sepupunya.
pada satu hari dia melihat wani begitu rapat dengan salah seorang pelajar lelaki di sekolahnya.tiba2 datang perasaan cemburu,marah,dan sedih."eh,kenapa dengan aku ni kenapa aku begitu cemburu melihat wani melayan oarng lain?
adakah kerana aku terlalu sayang?
adakah kerana ada perasaan lain yang tersembunyi???
perbagai soalan bermain di mindanya.
sejak kejadian itu dia cuba menjauhkan diri daripada wani,
dia lebih banyak menghabiskan masa di padang bersukan bersama penghuni aspuri yang lain tidak seperti kebiasaan,hanya kesana sini dengan wani.
pada satu malam wani datang padanya dan memberitahu ingin berbicara dengan nya."adik....nape adik da lain dengan wani,adik seolah mengelakkan diri dari wani,adik da xsayang wani ke????

(huhuhuhuhu sekian....... harap maaf dia belum habis menceritakan kisah hidup pada saya.setelah dia menceritakannya saya akan menyambungnya kembali.)

0 comments: