Thursday, March 6, 2014

one and only

perhhh..
Lama gila xjejak kat sini..
hurmm 
dalam lama xjejak kesini pelbagai benda dah jadi
impak paling besar yang terjadi adalah
hubungan aku dan bidadari aku

bulan 10 i let her go
tak nyesal ke?
tak rindu ke?
tak sayang ke?

GILA tak rindu..tapi aku tak nyesal..
sayang aku pada dia,dia lebih tau sepatutnya.

Dah tuh kenapa BREAK?
kenapa..??
tengok la life dia sekarang..terurus pergi class,
she think about her self..
dia selalu balik kampung..

masa dengan aku..
dia just fikir pasal aku,sampai life dia terabai
hei bidadari
i'm happy when u happy.

Eleh padahal ada orang lain..konon bagi alasan break sebab tuh...!!!
aku tahu ramai yang pk mcm diatas.
hei girls hoi guys..
should i story everything to you all?
this is my personal life
this is about my heart!!!

tapi rasa gatal jari gak nak bagitahu.
AKU BREAK DENGAN DIA BUKAN SEBAB AKU ADA ORANG LAIN!
aku rasa dia sepatutnya tahu akan hal ni!!!
aku mengaku aku pernah buat kepercayaan dia hilang
BUT
sepanjang dengan dia aku SETIA
AKU sabar walau hari-hari aku dituduh ada girl lain dibelakang dia!!!
aku tahu di cemburu sebab dia sayang!!!

kalau betul ko sayang dia macam ko cerita ni...asal sekarang ko dah ada peganti??
aku atau dia dulu ada peganti??

haish dah knp aku perlu cite hal rumah tangga and lif juga eskulater kat sini!!!!






Friday, March 8, 2013

perbezaan antara cinta-cinta dan cita-cita

hi reader :)

jom imbas kembali ke zaman kita sekolah rendah taupun tadika dulu.
kenapa sampai nak imbas zaman sekolah rendah and tadika,
sebab....zaman tuh kita bersemangat dengan cita-cita

aku percaya kebanyakan dari kita 
lalui benda yang sama
dan aku yakin cita-cita kita selalu berubah-rubah ketika zaman kanak-kanak dulu :)

bila tengok mak selalu sakit-sakit
kita nak jadi doktor
bila kita ada "favourite"
kita nak jadi cikgu
bila tengok orang bawak kapal terbang
kita nak jadi pilot
bila tengok polis bes ada pistol 
kita nak jadi polis

pendek kata setiap dari kita punyai sebab tersendiri
kenapa kita bercita-cita
untuk menjadi seseorang yang kita inginkan tuh

seperti aku sendiri 
ketika tadika aku bercita-cita
nak jadi polis
"seronok tengok polis boleh pegang pistol,lepas tuh nak tangkap penjahat katanya"

bila naik sekolah rendah 
aku bercita-cita nak jadi profesor
"sebab aku nak cipta pelbagai benda yang menarik,aku nak kaji segalanya"
almaklumlah masa tuh seronok belajar sains
buat uji kaji semua

bila dah naik sekolah menengah
baru aku tahu sains tuh taklah sesenang aku sangka
so aku tukar cita-cita aku untuk jadi
pelukis
sebab aku memang sangat-sangat suka melukis
dan dalam masa yang sama
aku nak jadi penulis
 tapi aku tak belajar sastera
orang kata nak jadi penulis kena belajar sastera
so macam mana??

sekarang aku bekerja di sebuah "company" yang takde kaitan
dengan lukisan mahupun penulisan
hahahaha~

p/s : pada yang tercapai cita-cita tuh alhamdulillah :D

itu cita-cita
ini pula cinta-cinta

zaman sekolah rendah
ada yang dah ada cinta-cinta
ada pula xtahu langsung apa itu cinta-cinta
(zaman akulah zaman sekarang dah lain yer tak?)

di zaman sekolah menengah 
cinta-cinta topik utama
gosip sana sini pasal cinta-cinta
ada yang kerana cinta-cinta,cita-cita entah kemana
lebih meluas bila kita dah bekerja
dah remaja,dewasa

ramai yang lebih mementingkan cinta-cinta berbanding cita-cita

jom kita ingatkan diri masing-masing
jangan lah kita keliru dalam memilih cinta-cinta ataupun cita-cita
sama-samalah kita sama ratakan
antara
cinta-cinta dengan cita-cita
supaya
cita-cita kita berjaya
jadikan cinta-cinta kita sebagai semangat dalam mengejar cita-cita 

p/s : tidak salah bercinta-cinta asal kita tidak leka yang kita ber cita-cita :)
















entry pertama blog aku...tergantung rupanya :)


hai reader :)
malam ni malam cuti
malam bersuka ria katanya

tapi aku tak pergi bersuka rian pun
dalam perjalanan balik dari kerumah tadi
tibe-tibe

aku : ney saya rasa nak menulisla..
dia : tulislah..nanti kita menulis kat meja luar
aku : saya xnak menulis pakai pensil

(perbualan kami terhenti sampai situ jer )

ni link 1st entry aku


ceritanya tergantung.....

aku teringin nak sambung balik..
tapi belum berkesempatan..
kalau ada galakan,ada yang tertarik kemungkinan aku akan sambung
kalau xde pun mungkin aku akan sambung

p/s : aku suka ayat adik miza "blog ni akan menjadi satu rujukan untuk masa akan datang :)

Wednesday, February 20, 2013

hari ini bukan hari esok

hai reader :D
harini bukan hari esok okay hehehe

yelaa harini laa bukan esok
hari ni

dah..dah..boleh buat gaduh macam ni hahaha
hari aku keje dekat UITM Puncak Alam
hurmm
minda aku tak teruji langsung 
boring,bosan
makan gaji buta jer.
rasa macam berdosa je hahaha
(sebelom ni curi2 tido xrasa berdosa lak hahaha)

disebabkan aku telalu free 
ada lah peluang aku tok post entry ni hehehe

hari ni aku mengeluh aku boring
aku mengeluh aku bosan aku harap
hari esok perasaan aku tak macam ni lagi
...................................................................................................PENDING

Tuesday, February 19, 2013

Talk About Stress~


hai reader semua sehat..
how ur day today?

entry kali ni tak berapa best sangat
(macam entry sebelom ni best kan hahaha poyo jer)
hari ini aku POTENG kerja

KENAPA??
ini semua kerana..

"tak sengaja genggaman ku terbuka..
lantas ku gapai bintang yang berjutaaa......"
(bunyi tone handphone aku)


aku : hello,sape ni?
xxx : boleh saya bercakap dengan (nama sebenar aku) saya buat panggilan dari cimb bank...
aku : yer saya bercakap..ini berkenaan apa yer...
xxx : oh yer ini berkenaan loan cik tak dapat kami proses..sebab kami dapati cik ada blacklist..
aku : hah!!! blacklist??? blacklist ape??
xxx : cik ada pernah buat loan sebelom ni....
aku : eh saya tak pernah buat loan laa sebelom ni..
xxx : saya pun xleh pastikan...apa kata cik buat laporan kalau betol bukan cik yang buat loan tuh..
aku : oh okay terima kasih....




aaaaaaaaaaaaarhhhhhhhhhhhhhh!!!~

pening kepala,pening kepala
buka2 mata dah dapat berita tak best
YA ALLAH

okay memang tak boleh masuk keje harini
kena settle ape yang patut dulu
text bos........done!!

post status..
ada yang bagi nasihat suruh call
INSULVENSI
so aku pun call

"cik kami handle orang BANKRUPT"
cik call ctos untuk tahu berkenaan blacklist lebih langjut

aku call CTOS
"cik kalau cik yang tahu lebih langjut pasal nama cik blacklist
sila hadir ke pejabat kami di alamat
......................
.......................
.......................

hurmm..terima kaseh okay..

aku siap-siap mandi nak pergi sekali
dengan angin sepoi2 aku naik moto sambil bersembang2 dengan keningtegak

hujan turun dengan lebatnya
arrrh...bad day bad day
patah balik umah makan 


STRESS!!! STRESS!!
bila aku sampai umah hujan berhenti!!!

...................................................................................................

disebabkan aku dah tak smoke!!
aku ajak keningtegak pergi joging..
sampai-sampai jer kat 
Taman Tasik Ampang Hilir

HUJAN LEBAT DENGAN INDAHNYA
stress...stress..STRESS

aku mang tak tahu kenapa
aku sangat 
BADDAY HARI NI

di sebabkan aku sangat STRESS aku
redah jer hujan aku joging sepenuh hati
kosongkan minda
lupakan semua masalah
tenangkan hati

berlari sepenuh hati.....

badday..............................................TAMAT