Blinkie Text Generator at TextSpace.net

Friday, March 8, 2013

perbezaan antara cinta-cinta dan cita-cita

hi reader :)

jom imbas kembali ke zaman kita sekolah rendah taupun tadika dulu.
kenapa sampai nak imbas zaman sekolah rendah and tadika,
sebab....zaman tuh kita bersemangat dengan cita-cita

aku percaya kebanyakan dari kita 
lalui benda yang sama
dan aku yakin cita-cita kita selalu berubah-rubah ketika zaman kanak-kanak dulu :)

bila tengok mak selalu sakit-sakit
kita nak jadi doktor
bila kita ada "favourite"
kita nak jadi cikgu
bila tengok orang bawak kapal terbang
kita nak jadi pilot
bila tengok polis bes ada pistol 
kita nak jadi polis

pendek kata setiap dari kita punyai sebab tersendiri
kenapa kita bercita-cita
untuk menjadi seseorang yang kita inginkan tuh

seperti aku sendiri 
ketika tadika aku bercita-cita
nak jadi polis
"seronok tengok polis boleh pegang pistol,lepas tuh nak tangkap penjahat katanya"

bila naik sekolah rendah 
aku bercita-cita nak jadi profesor
"sebab aku nak cipta pelbagai benda yang menarik,aku nak kaji segalanya"
almaklumlah masa tuh seronok belajar sains
buat uji kaji semua

bila dah naik sekolah menengah
baru aku tahu sains tuh taklah sesenang aku sangka
so aku tukar cita-cita aku untuk jadi
pelukis
sebab aku memang sangat-sangat suka melukis
dan dalam masa yang sama
aku nak jadi penulis
 tapi aku tak belajar sastera
orang kata nak jadi penulis kena belajar sastera
so macam mana??

sekarang aku bekerja di sebuah "company" yang takde kaitan
dengan lukisan mahupun penulisan
hahahaha~

p/s : pada yang tercapai cita-cita tuh alhamdulillah :D

itu cita-cita
ini pula cinta-cinta

zaman sekolah rendah
ada yang dah ada cinta-cinta
ada pula xtahu langsung apa itu cinta-cinta
(zaman akulah zaman sekarang dah lain yer tak?)

di zaman sekolah menengah 
cinta-cinta topik utama
gosip sana sini pasal cinta-cinta
ada yang kerana cinta-cinta,cita-cita entah kemana
lebih meluas bila kita dah bekerja
dah remaja,dewasa

ramai yang lebih mementingkan cinta-cinta berbanding cita-cita

jom kita ingatkan diri masing-masing
jangan lah kita keliru dalam memilih cinta-cinta ataupun cita-cita
sama-samalah kita sama ratakan
antara
cinta-cinta dengan cita-cita
supaya
cita-cita kita berjaya
jadikan cinta-cinta kita sebagai semangat dalam mengejar cita-cita 

p/s : tidak salah bercinta-cinta asal kita tidak leka yang kita ber cita-cita :)
















0 comments: