Blinkie Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, August 7, 2012

cerita rumput zaman sekolah!!


salam ramadhan kepada semua kawan-kawan bloger
dan kepada reader yang baca blog
ni :)

post aku kali ni pasal rumput
hah!! rumput..rumput pun boleh jadi satu cerita ke?
ada cerita disebalik rumput ni

Cerita ni cerita pada zaman aku sekolah dulu
7,8 tahun lepas jugaklaah
tibe-tibe aku teringat 
dan oleh kerana lama aku xmenyentuh keyboard untuk 
berkongsi sedikit cerita yang xdelaa boleh mencecah 
"box office"
tapi insyaAllah kita boleh sama -sama
jadikan pengajaran tak banyak sikit pun alhamdulillah

cerita ni dicerita oleh seorang cikgu yang aku kagumi :)

pada satu hari
(ceh permulaan macam buku cerita kecik-kecik dulu hehehe)

Disebuah kampung di sebuah rumah

"Jefri ayah nak kau belajar rajin-rajin jadi anak yang berguna
supaya nanti kau bejaya dalam hidup
kita ni anak orang susah nak..
bila kau dewasa nanti jangan kau jadi seseorang
yang mengejar rumput tercantik dipadang"

"mencari rumput tercantik dipadang?? Jefri xpernah dengarpun peribahasa macam tuh ayah
apelah ayah ni merepek jer.. kot yer pun nak bagi nasihat cuba ayah bagitahu
terus tak payah berkias-kias Jefri tak paham la yah..

(sebulan kemudian Ayah jefri telah meninggal akibat serangan jantung)

Pada satu pagi disebuah sekolah

"Assalamualaikum ustaz...
wa'alaikumussalam Jefri...Ada apa2 masalah ke..pagi-pagi kamu dah datang jumpa ustaz ni?
masalah tuh xde ustaz..sama cuma nak bertanya satu pekara..."
oh! kenapa tak tunggu saya masuk ke kelas kamu??"
ermm...saya pun xtahu tapi boleh tak saya tanya sekarang ustaz...?"
baiklaaah..ape dia soalan kamu tu jefri..?"
macam ni ustaz..sebelom arwah ayah saya meninggal dia ada berpesan kepada saya
bila besar nanti dia taknak saya jadi seseorang yang mengejar rumput tercantik dipadang..
saya xpaham ustaz walau puas saya berfikir.."
oh..pasal itu.. okay kalau kamu nak tahu maksudnya..ustaz nak kamu pergi ke padang sekolah kita
cari rumput tercatik dan setelah kamu temui ruput tercantik itu bawak kepada ustaz...
boleh jefri..?"
boleh ustaz.."

(Jefri terus pergi padang rumput..dia memcari sehelai demi sehelai 
dia mencari rumput yang tercantik seperti ustaz arahkan kepadanya)

(setelah beberapa jam kemudian di kelas di sebuah sekolah)

"Assalamualaikum ustaz..."
wa'alaikumussalam Jefri..macam mana..jumpa tak rumput yan tercantik saya mintak awak cari di padang sekolah kita tuh..?"
maaf..ustaz..
semasa saya mencari rumput dipadang tadi
saya jumpa banyak rumput yang cantik tapi...sebab ustaz suruh saya cari rumput tercantik
jadi saya terus cari dan cari tapi...."
Jefri...tahu tak apa yang awak cuba terangkan.. dia nak kamu menghargai 
apa yang ada didepan kamu..
jangan kerana kamu terlalu mengejar kesempurnaan
kamu lepaskan sesuatu yang terbaik untuk kamu
kamu akan menjadi buta bila kamu terlalu mengejar sesuatu..

belajarlah menghargai
tak kiralah tentang perasaan,benda,atau apa sahaja"
kita sebagai hambaNya hendaklah
bersyukur dan menghargai dengan yang ada didepan mata
iaitu berasa cukup dengan apa adanya tapi bukan
berserah diri dan tidak mahu berusaha..

.........................................................................................................................

p/s : ape yang aku belajar dalam cerita ni janganlah kita malu bertanya akan sesuatu yang kita tidak pasti atau ambil mudah nasihat orang tua kita..dan hargailah yang ada didepan mata sebelum tiadanya ia..

















0 comments: