Blinkie Text Generator at TextSpace.net

Thursday, January 27, 2011

terasing

terasingkah korang dari sesuatu yg haruskan di asingkan dalam kehidupan?
terasingkah korang dari nasihat dari sahabat ataupun keluarga terdekat bila berjauhan?
kenapa post aku kali tentang terasing?

meh sini aku kongsi dengan korang setelah beberapa lama blog aku ni
tak terusik kerana kesibukan yang aku sendiri ragu2 betolkah aku sebok
atau aku hanya memberi alasan..
sebut perihal alasan tiba2 aku teringat seseorang pernah berkata
"seseorang yang selalu memberi alasan dalam kehidupannya adalah seorang yang tidak mahu memajukan diri " itu la kate2 secara ringkas pernah menusuk telinga aku ketika aku dibangku sek.tibe2 aku terkenangkan zaman persekolahan..terutama ketika di tadika setiap hari pada satu masa yang telah ditetapkan jadual pembelajaran.
cikgu kuh.."cikgu zakiah" (orang pertama yang telah mendidiku mengenali ape itu A,B,C bgaimana mengira 1,2,3 atapun one,two,three mahupun wahid,isnaini,tsalatsa....)
menceritakan kisah2 nabi2 pada zaman2 terdahulu bersemangatnya mendengar sehingga ade dikalangan kawan2 kuh ternganga dan ada yang menyampuk bukan kerana tak mahu mendengar tapi kadangkala cerita itu kami dah dengar puluhan kali jadi yang masih igt dengan lancarnya memberi tahu keadaannya dalam cerita itu..sangat indah diselit pula dengan lagu2 yang masih lagi bermain dalam pikiran kuh terutama lagu pertama yang aku pelajari dari tadika itu.

Rukun islam ada lima
Wajiblah kita mengucap syahadat
Wajiblah solat lima waktu
Wajib puasa bila ramadhan tiba

Bagi yang kaya wajib membayar zakat
Bagi yang mampu wajiblah naik haji
Rukun islam ada lima
Wajib kita mengerjakannya

Kerjakanlah…kerjakanlah
Jangan lupa…kerjakanlah
Rukun islam…kerjakanlah

Rukun iman ada enam
Wajib kita percaya kepada Allah
Malaikat dan kitab-kitabNya
Rasul-rasulNya penuntun manusia

Hari kiamat wajib kita percaya
Takdir baik buruk wajib juga adanya
Rukun iman ada enam
Wajiblah kita percaya

Percayalah…percayalah
Yakinkanlah…yakinkanlah
Rukun iman…percayalah

Mari kita amalkan rukun islam yang lima
Mari kita percaya rukun iman yang enam

Rukun islam ada lima perkara
Rukun iman ada enam lima perkara

bersungguh2 kami menghafal..tak cukup di tadika sambung di rumah. siap heret nenek ku duduk di depan memaksa mendengar lagu yang baru aku pelajari nenek hanya tersenyum melayan karenahkuh. walaupun suara cucunya ini tak semerdu ziana zain mahupun m.nasir artis yang diminatinya.. walaupun masih byk kerja di dapur tok disiapkan.oh indahnya ketika itu semangat untuk mengetahui sejarah islam cerita2 tauladan..indahnya cuba korang igt balik zaman kanak2 korang seindah zaman tadika aku tak?

hehehe dalam tak sedar aku tersasar jauh dari tajuk utama yang aku ingin kongsikan, "terasing". kenapa post aku kali ni tentang perkataan terasing?? kenal "Muhammad Hilal Asraf b. Abd Razak?" atau nama penanya Hilal Asyraf bukan artis yang menjadi pujaan tetapi seseorang yang tidak asing dari mulut sahabat2 yang baru kenali tapi cukup bermakna untuk aku kenang sepanjang hayatkuh insya'allah. aku menghabiskan keindahan malam tanpa menikmati tidur beserta mimpi indah untuk membaca novel hasil karya beliau. yang bertajuk "terasing" tu yang tajuk post kali ni tentang "terasing" bagi yang pernah membaca mesti cukup paham kenapa sampai aku ingin sangat berkongsi tentang perihal buku itu? aku sebagai insan yang terlalu jauh tersasar, yang terlalu lemah, yang terlalau kerdil jika ingin bercakap perihal agama.tapi kali ni aku memberanikan diri pasti ada yang mengenali aku akan berkat "alah.. diri sendiri tak betol nak cakap hal2 berkait rapat tentang agama, eleh!! sembahyang belom tentu ade hati nak cakap hukum hakam," ataupun pelbagai lagi.. dalam buku yang aku baca tu ade tercatat "sesungguh nya hendaklah kita sentiasa berpkran positif terhadap sahabat kita" lebih kurang macam tulaa..aku dah permodenkan sikit bahasa..tapi luahan aku adalah kenyataan hidup yang aku sendiri lalui bila aku bercakap perihal yang berkait rapat tentang "Islam". Pada saat aku diperlakukan begitu aku mula tunduk akan kelemahan yang ada pada diri aku..betol aku tidak beriman padanya,memang betol solat kuh yang 5 waktu masih terumbang ambing, benar aku tidak sehebat para perjuang agama yang ada. Namun setelah aku memahami sesuatu yang baru aku pelajari dari sahabat kuh " sakinah, rabi, atikah terutama denni aku paham dan makin paham setelah aku membaca novel terasing. Yang mana tetang perjanjian seorang sahabat kepada sahabatnya. " ingatlah aku dalam setiap doamu,bangunkan aku sekiranya aku jatuh,sedarkan aku jika aku terleka" lebih kurang macam tulah hehehehe..untuk ingat 100% yang tertulis tak mampu pulak ambil sikit2 jadikan ingatan boley laa...okey sambung perihal ayat yang aku petik dari buku itu.. seperti aku luahkan bila aku membuka bicara perihal agama ada saja yang tidak senang dengan bicara yang aku cuba tuturkan sedangkan aku ikhlas sebaliknya membalas dengan kata2 yang membuat aku seolah jatuh tak terbangun,si buta tak bertongkat. kenapa sampai begitu sekali kata2 aku kali ni...yelaa dah tahu aku tersasar dah terang aku terleka! bangunkan aku pimpin tangan aku! bukan hanya mengeluarkan kata yang tidak sepatutntya. jika semua insan bergelar sahabat seperti mereka..percaya atau tidak ramai yang seolah baru mendapat cahaya akan kembali bergelap. waaaaaaaaaah dalam tak sedar aku seolah meluahkan rase marah tanpa sengaja maafkan aku,tapi ini kenyataan aku salah seorang dari mereka yang jauh tersasar dalam sedar tujuan aku mengiakan bukan untuk aku rase megah kerana aku tersasar tapi aku ingin berkongsi,ingin meluahkan pae yang aku terasa perlu.. ini kali pertama post aku tentang perihal agama pelik? mungkin ade yang mengatakan ya dan mungkin akan kate entah.. dan kemungkinan yang mengenali aku akan berkata " aik si jay ni dah berubah ke? dah bertaubat ke? ataupun alah lau ya si jay uh taubat xlama uh sehari,dua macam bisa balik laa tu.." tidak aku masih insan yang lemah insan yang tersasar. apasalah ke aku bercakap perihal agama? adekah islam mengharamkan umatnya yang seperti aku bercakap perihal agama? disini ada lagi ayat yang mana pada 26/01/2011 telah berjaya sampai ke hatikuh dari Rabi yang dimulakan dengan kalimah memuji Allah S.w.T " setiap orang mempunyai ciri2 kelebihan masing2 yang mana boleh diserapkan dalam diri kita,yang boleh jadikan sebagai membaiki diri" lebih kurang macam tulah walaupun tidak 100% sama seperti yang dikatakan Rabi,disitu aku tersedar ya Allah terima kasih kerana memberi nikmat kepadakuh mengenali mereka,terima kasih juga pada mu siti Aisah insan yang telah banyak membantu aku dalam perihal akhirat walaupun tanpa dia sedari.ini kali pertama aku meluahkannya selama ni aku hanya berterima kasih kerana dia ikhlas menerima aku dan menyayangi aku. Terima kasih ya Allah. Selama ni aku mencari2 jalan untuk aku kembali ke cahaya ilahi tapi kini walaupun bukan seperti mereka yang betul2 taat seolah ade sesuatu semakin hari semakin menyentuh hati kuh. bak kata Denni da saat pertama kali aku mengenalinya "tidak beriman seseorang itu jika dia tidak mencinta sahabatnya lebih dari dia mencintai sahabatnya" alangkah indahnya ayat itu lagi bila aku semakin memahaminya setelah sekali lagi aku terbaca didalam novel terasing terima kasih ya Allah membuka pintu hatikuh untuk membaca buku tersebut.terima kasih juga kerana menghadiahkan sahabat seperti Denni, Rabi, Sakinah, Tikah serta Siti Aisah yang tidak pernah mengeluh apabila aku memintanya mengajar mahupun apabila ku bertanya perihal agama yang aku tertanya2 terima. cukup2 dah macam ucapan anugerah srin pulak.. hehehehehe

terasing ataupun mengasingkan diri. hehehe.. jom selami diri kita sama2 waaaah mcm nk ajak men kuiz lak gayanya tapi rasenya xsalah kot mengajak berpk kearah kebaikkan? kebaikkan ke?.. yup kebaikan. kenapa aku terlalu yakin? meh sini aku kongsi sikit walaupun perihal agama aku tak sehebat sahabat2kuh yang ternyata hebat mahupun mereka yang petah berkata2 atau mengulas perihal agama. oke pertama cuba bayangkan korang satu kelompok semuanya bertudung solehah manakala yang lelaki berkopiah soleh..betol tak kamu akan rase cukup terasing apebila kamu free hair,pakai skirt. secara tak disedari pasti kamu akan cuba mengasingkan diri betul tak? kalau aku silap betolkan aku..dalam pemikiran kamu pasti mereka akan memperkatakan pelbagai yang tidak sedap didengar pada kamu.hah!! disini perlunya ada sikap berpkran positif terhadap sahaba..dan sikap yakin diri bukan yakin kerana pakaian kamu tapi kerana tidak berburuk sangka.itu kes pertama kes ke2 lokasi yang sama cuma cuba tukar wataknya kamu adalah golongan bertudung labuh solehah ataupun berkopiah soleh tiba2 melihat seorang perempuan free hair,memakai skirt. lalu berkata2 yang tidak sepatutnya memandang dengan penuh ketidakselesa pasti dia akan rase amat terasing dan mengasingkan diri. bukan ke dalam satu hadis ada berkata "sesungguhnya kita sebagai saudara sesama islam haruslah sentiasa membuat kebaikan" bukan menegur dengan cara yang elok membawa ke jalan yang betol adalah satu kebaikan? seperti dalam buku yang aku maksudkan tadi oleh kerana perasaan terasing sahabat yang hebat ketokohan dalam agama hilang arah dan mula melangkah ke arah yang salah kenapa kerana terasa terasing dan dipalaukan tapi apabila berada di jalan yang tidak sepatutnya dipilh dia dilayan dengan penuh kenikmatan dia leka. waaaaaaaaaaaaaaah~ aku kalau berkata huh! mcm hebat jew hehehehe aku pown lemah tapi ini yang aku pelajari. oke laa aku kalau nak cerita perihal ape yang telah aku pelajari terlalu indah tuk aku ceritakan tapi tulah..cerita kalau panjang2 boleh jemu gak nak baca.. lagi2 kalau tak bergambar ni..hehehehehe

jadikansahabatibaratkamusataupunbukurujukanpastikamutidakakanterasingmahupunrasediasingkan

0 comments: