Monday, June 11, 2012

tak bertajuk tapi bermaksud :)

  PULAU PANGKOR 
MY MOM BIRTHDAY


Hi Reader :)

dah lama aku tak update pape kat blog aku ni
KENAPA?
Sebab banyak sangat benda yang yang aku kongsi
sampaikan tak terkongsi dengan korang semua :)

aku dah hidup kat BUMI yang indah ni selama 24tahun
tapi aku rasa aku tak pernah cuba sesuatu yang aku patot buat setiap hari
supaya syurga yang aku impikan kelihatan
walau kita tidak layak menentukan dimana kita diakhirat nanti.

selalunya asyik kongsi kelebihan kebaikkan sesekali cerita kelemahan 
untuk dijadikan tauladan buat kawan-kawan 
aku rasa bukanlah sesuatu yang memalukan
tapi
sesuatu yang aku boleh banggakan

dari kiri yang baju hijau tuh tieka sebelah tieka my mom orang yang sanggub mengandungkan aku selama sembilan bulan dah menahan kesakitan untuk melahirkan aku pada 1988
seterusnya rass di ikuti dengan eca seseorang yang selalu ada bersama aku susah dan senang
dan budak kecik kat depan sekali tuh nur dalilah adik aku :)
lain ayah :)

selama aku hidup ni kali pertama aku sambut birthday mak aku
walaupun ada yang kata tak baik,ada yang kata alah dah tua-tua tak payah sambutpun takpe
bagi aku sebagai seorang anak selayaknya kita membuat ibu kita senyum dengan penuh kebahagian
bukan senyum menahan derita

eleh aku ni baru pertama kali sambut birthday mak dah bising.
aku bukan nak bising bukan nak kecoh cakap kat semua orang aku anak yang baik
tapi aku just nak kongsi dengan kawan-kawan
benda yang kadang-kadang kita nampak simple 
tapi kadang memberi kesan yang amat mendalam

aku dibesarkan oleh nenek aku
jadi semestinya aku lebih rapat dengan nenek aku berbanding mak aku
mak aku seorang yang sangat sporting
jadi kadang macam tak boleh nak masuk sebagai mak ngan anak
aku lebih selesa bila anggab mak aku sebagai kawan @ kakak

tapi sejak umur dia makin meningkat aku makin dewasa
sikit demi sedikit aku baru nampak
keriangan,senyuman mahupun gelak tawa yang kelihatan dari wajah dia
IBUKUH...bukan bermakna dia gembira 
seolah ada sedikit kesuyian yang terselindung disebalik senyuman gelak tawa

tapi pada hari itu hari kami bersama-sama 
bergembira bercerita
aku terasa seolah tindakan aku betul 
aku dapat lihat senyuman kegembiraan yang jelas kelihatan
kalaulah aku sedar dari dulu
kalaulah aku tahu apa yang dia inginkan dari aku 

aku ingat cukup sekadar call bertanyakan khabar
aku ingat cukup sekadar sms wish birthday
rupanya lagi bermakna jika kita sebagai seorang anak ada disisnya
disini bukan aku nak cakap
kena bawak mak kita kesana sini tapi
cukup kalau kita sanggub habiskan beberapa jam untuk bersama dia

kalau mak kita boleh menahan kesakitan yang tak terhingga masa melahirkan kita
kenapa kita amat susah untuk berada disisinya
bukan wang ringgit yang dipinta 
hanya beberapa jam bersamanya

yes memanglah xsama seperti lepak dengan kawan2
tapi 
tidaklah susah untuk membuat ibu kita sebagai kawan kita

hahaha sebenarnya aku pun dah xtahu ape yang aku nak sampaikan
aku just type ape yang aku rasa nak type
sama ada suka atau tak suka terpulanglah pada kurang hehehe :)

p/s : terima kasih kepada tieka,rass memeriahkan percutian kami xrugi aku ajak korang ribuan terima kasih kepada honey (eca) kerana memberi dorongan dan semangat supaya semua ni jadi kenyataan.terima kasih..

2 comments:

O.R.A.N.G.E said...

waahhh sweet je kowng pegi pangkor ea...
hope happy sokmo with ur fmly kwn :)

jaykasanovarambuttegak said...

;) we will always happy when being with fmly.. sweet kan mcm gegulerr..hahaa.thx beb.