Blinkie Text Generator at TextSpace.net

Monday, February 18, 2013

kelantan sweet kelantan

KELANTAN

Ramai antara mereka yang tak suka pada mereka yang berasal dari kelantan 
yelaaa bila main bola suka gaduh katanya
bila kat tempat orang suka tunjuk samseng dengar cerita

Tapi 

aku sebagai salah seorang yang berasal dari 
KELATAN
aku berbangga dengan tanah tumpah darah aku
cuba jangan pandang keburukkan 
malah beri peluang pada kebaikkan yang ada pada mereka yang berasal dari KELANTAN

Bukan kerana aku anak kelahiran kelantan
jadi aku memuji negeri kelahiran aku
tapi 
ingin berkongsi sedikit cerita
agar tiada banyak salah sangka

okay cerita sebenar bukan nak cerita perihal 
sikap,sifat atau seerti dengan cerita
anak jati orang kelantan

tapi nak 
post entry pasal balik 
kampung

rasanya kat blog aku ni xpernah aku isi 
dengan gambar2 indah dekat kampung aku kan

lagipun dah lama sangat tak update blog ni 

baru-baru ni aku bawak keningtegak balik kampung dan ini hasilnya

pernah tengok sotong terbang hahaha
layang sotong ni besar giler dan sgt cantik
lokasi : pantai irama bachok kelantan

cantikkan..sejuk mata memandang tambah lak angin sepoi2.. perrrh 
boleh terlena didalam jaga
lokasi : pantai irama bachok kelantan


bila dah sampai kat pantai irama bachok 
rugi kalau tak try abc terbaik ni
kedai pertama dari pintu masuk
harganya baru RM2
sedap dan sangat puas hati,kalau tak kerana pergi ngan pakcik & makcik 
aku,sure tambah lagi satu..

lagi satu menu wajib 
bila sampai dekat pantai irama bachok
harganya bergantung pada
jenisnya lebih kurang RM1-RM4 secucuk
 tetap murah kalau nak dibandingkan dekat KL

ni menu yang aku cuba hari pertama aku
pergi ke pantai irama tuh
kopok lekor tuh terbaik...aku beli RM4 tak habis nak makan untuk 4orang
banyak,rangup,sedap dan murah

dah kenyang makan 
sambung menikmati keindahan pantai
yang jadi model tuh
adik dan mak ucu aku

ada gaya ombak rindu tak hahaha
ini pulak model xberbayar aka pak ucu aku,suami kpd mak ucu aku lah
:)

hahahaha
yang berdiri tuh!! kepada yang selalu singgah kat blog aku sure kenal dia
dialah keningtegak
1st time aku bawak dia balik kampung aku
excited sungguh hahahaha


siapa antara korang pernah makan meggie ketam 
sure korang tahu sedapnya macam mana
betul tak??
kebiasaannya orang akan mencari meggi ketam ni
dekat
 TOK BALI atau pun BESUT
harganya RM15 semangkuk tapi puas hati

sayangnya malam tuh maggie ketam habis so tak dapat nak snap pix share dengan 
korang semua
jadi aku dan famly beralih selera pada

ikan bakar 1malaysia
(yang baju merah tuh sepupu aku yg poyo shah)

boleh tahan rasanya sedap
korang boleh pilih pelbagai ikan,sotong,udang
dan makanan laut yang lain 
yang segar-segar semuanya
dan boleh pilih sama ada nak masak biasa atau masak rempah
aku try kedua-dua SEDAP dan paling penting
sangat murah
kat sini jugak korang boleh cuba pulut makan dengan ikan bakar
kami makan 7orang 
4ekor ikan pari
2 ekor ikan aku tak ingat nama
2ekor sotong yg saiz agak besar
dan 
ada beberapa lagi yang aku lupa
cuma dengan harga RM60 termasuk air,nasi semua :)

kalau gambar2 kat atas tuh aku ke tok bali
pergi cari makan kali ni
tujuannya lain pula
misi mencari ikan segar tok bebakar pada malamnya
dirumah aku

muka budak tak pernah ke pasar hahahaha nasibla..



hasil dari pasar segar TOK BALI
gambar yang lain tak sempat aku snap bz kat dapur katakan
hahahaha

tukang bakar yang di import dari wakaf che yeh hehehe
(ryu cullen)

keningtegak yang get ready tunggu makan hahaha..

bakar kebakaran kami berjaya malam tuh walau ada sedikit excident yang mana
meja yang kami jadikan alas tempat kami bakar membakar terbakar hehehe

share sikit keindahan sawah at kampung aku
lokasi : kampung bukit kchik,gunong,bachok,kelantan

hari dah siang masa tuk sambung berjalan
are you ready?? hehehehe

nak kemana kita ni???

okay kita dah sampai hehehe...

(basikal ni kami sewa dengan harga RM6 untuk 20minit dekat pantai Irama Bachok)

mereka yang kepenatan mengayuh basikal hahaha



hahaha kayuh punya kayuh basikal
puas hati dapat naik
harga murah 
dan sangat puas hati
next time balik kampung sure aku akan datang lagi..

tamat sudah aktivity hehehe

kalau nak di upload semua gambar selama 5hari kat kelantan memang tak terupload
nak cerita tak tercerita

bagi korang yang tak pernah sampai ke bachok kelantan boleh laa
cuba-cuba datang
keningtegak yang 1st time datang sangatlah teruja
aku yang jarang2 balik kampung pun terpesona

p/s : jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.ape tujuan peribahasa ni... yelaaa jgn kerana seorang semua dipersalahkan..tak semua orang kelantan terok :P peace!!




0 comments: